Survival Ekonomi Dimusim Pandemic Covid19- Suri Rumah Bergaji

Assalamualaikum

Happy November 🌹 bulan Ke dua terakhir Bagi Tahun 2020. Kak doakan semoga Pandemic Covid-19 berakhir dan sembuh sepenuhnya sebelum menjelang Tahun 2021. Mesti semua rindukan suasana meriah berada diluar rumah,  rindu nak shopping bersama ahli keluarga,  makan santai diluar, beriadah di taman permainan,  buat kenduri kendara, dan macam-macam lagi aktiviti yang dirindui. Korang rindu nak buat apa, agak-agak apa aktiviti pertama korang bila pandemic C19 berakhir? Share lah sikit 😆. 

Kak benda paling kak rindu nak buat bila pandemic ni daa redah, dah hilang dari muka bumi. Kak nak bawa anak-anak keluar jalan. Sekadar bagi mereka rasa kebebasan yang selama ini tersekat. Taman permainan ada depan rumah ja,  hanya mampu di pandang tak boleh nak bawa mereka keluar. Terdengar perbualan antara si kakak dan adiknya. 

"Nanti kakak naik yang kuda-kuda tu,  mia naik buai" katanya pada adiknya sambil si kakak mengatur apa jenis permainan adiknya yang sesuai. 
Si adik dengan nada keras membantah, "Tak nak! Mia mau kuda-kuda juga,  mia masih kecil nanti mia jatuh naik buai" nampak bijak si adik beri alasan mengapa dia juga perlu naik kuda-kuda seperti pilihan kakaknya. 

Lalu si kakak pun bertanya,  "Mami, nanti kuman dah habis boleh Kakak sama mia main di taman?" Laju ja kak jawap,  Iya.  

Tapi tiada siapa pun dapat jangka bila pandemic ini berakhir. Semua pun mesti memberontak nak bebas nak buat segala yang tertangguh nak itu nak ini dan segalanya. 

Bukan saja tersekat dari segi pergerakan,  tersekat juga dari segi mata pencarian. Seperti kak yang berniaga makanan bungkus, ada premis berhadapan Sekolah. Sepanjang tempoh pandemic sekolah tutup, kedai juga terpaksa tutup disebabkan customer utama kak adalah pelajar sekolah.  Pekan Koboi tiada siapa-siapa melainkan kehadiran para pelajar masa sesi persekolahan. 

Sepanjang PKPB hanya mampu berniaga ONLINE dan membuat penghantaran makanan (COD) kepada customer kak. Alhamdulillah,  rezeki diberi mampu untuk tampung perbelanjaan hari sepanjang tempoh PKPB.  Maklumlah,  ada anak kecil yang masih perlukan Pampers dan susu formula sebagai perbelanjaan utama setiap minggu. Selain perlu membayar bil-bil utilities kedai dan rumah. Rumah kak pun rumah PPR,  sewa memang tak lah mahal sangat tapi bagi yang berharap pada hasil jualan (bergaji hari) payah juga😌. 

Ini adalah Ujian bagi kita,  kita hanya mampu redha, berdoa,  tawakal dan berusaha untuk teruskan kehidupan. Dalam pada kesusahan seperti ini,  masih ramai diluar sana yang kak tahu lebih susah dari kak.  Semoga mereka terus tabah,  kuat dan berusaha hadapi ujian ini. 

Entry kali ini tak boleh panjang sangat,  tulisan seterusnya kak share apa kak buat untuk dapatkan income sepanjang tempoh pandemic agar dompet tak kering sangat. 😊

Comments

  1. Ya. Masa yg sukar buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. moga pendemik ini berlalu jauh jauh dari kita secepatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.

      Jaga kesihatan selalu sahabat, moga dijauhkan dari perkara buruk.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CikPuan Mama Enolla

Survival Ekonomi di Musim Pandemic Covid19- Suri Rumah Bergaji #Part 2